Pages

nuffnang

Sunday, 25 December 2011

Gempar! hantu kak limah muncul di marang


Mohd Syawal menunjukkan imej wanita tua yang dirakam itu

MARANG- Lima sekeluarga di kampung Temiang,Pengkalan Berangan, Tertekan kerana ketakutan apabila sering diganggu oleh lembaga wanita berambut panjang persis 'hantu kak limah', watak dalam sebuah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelmakan dirinya dan merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ.
malah kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang anggota keluarga itu melalui telefon bimbitnya.
Ketua keluarga, Mazlan Ali 55, mendakwa lembaga itu berpakaian batik lusuh dan berambut panjang mencecah paras pinggang sering menganggu rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh,sebelum menghilangkan diri.

KAK LIMAH MEMINTA TOLONG

Menurutnya, Kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya yang tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Manakala seorang Imam di kampung itu, Imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan keluarga itu supaya mengadakan solat hajat bersama penduduk di kampung itu dan mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran bagi mengelakkan gangguan itu berlaku.

banyak juga kisah hantu di terengganu klik disini untuk saksikan lembaga muncul di 7 elevan paka terengganu.

sumber:sinar harian


Gaya rambut yang menarik dan pelik


hahahaha... kepada korang yang tengah mencari-cari gaya rambut terkini boleh tengok gambar dibawah. mungkin korang sudah jemu asyik gaya rambut  yang sama kan. gaya ini juga sesuai untuk pergi diner, dating ke, atau pun kemana- mana sahaja.. semoga terhibur dan mungkinada yang tergerak hati untuk meniru gaya rambut tersebut.


wow!! gaya rambut biola ,Gaya rambut yang unik ini telah dilihat pada pameran rambut di Budapest


 tatu yang digabungkan dengan rambut mungkin pelik, tetapi ia menjadi satu gaya yang unik yang boleh menjadi tarikan ramai yang ingin melihatnya.


rambut seperti dam, menjadi trend remaja di US


pusaran pink dan hitam
Boom! Headshot.


 50/50


 Lelaki tua ini mesti mempunyai personaliti yang hebat. Ia sebenarnya cukup kreatif


gaya rambut yang pelik, rambut bibir


 punk


 peminat superman dan batman




 rambut topi. siapa yang tiada topi untuk ke panati. boleh buat gaya ini

Jue Aziz berang dituduh tidak berdisiplin



Sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila pelakon, Jue Aziz didakwa tidak berdisiplin sehingga bakal berdepan tindakan digugurkan dari teater Semerah Padi, yang bakal dipentaskan bermula hari ini sehingga 31 Disember.

Jue Aziz yang dihubungi Zass, ternyata berang dengan beberapa laporan akhbar yang mengatakan dia tidak berdisiplin sehingga akan digugurkan dari teater tersebut.

Menurutnya, dia rasa teraniaya dan terkejut apabila tidak mendapat penjelasan sewajarnya mengenai masalah yang timbul. Apatah lagi kehilangan yang diuar-uarkan itu berlaku kerana bersebab dan bukan disengajakan.

"Saya akui tidak menghadiri sesi latihan selama empat hari kerana saya demam panas yang sangat teruk. Malah semasa ke klinik, doktor juga memberi saya cuti sakit (MC) sebagai bukti.

"Saya bukan sengaja menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi. Saya sangat terkejut apabila membaca laporan sebuah akhbar semalam (kelmarin) yang mempersoalkan tentang disiplin saya.

"Lebih membuatkan saya rasa terkejut dan dianiaya, apabila pihak media yang menghubungi saya mengenai isu digugurkan dari teater ini. namun pihak produksi pula mengatakan sebaliknya.

"Jika benar saya tidak berdisiplin, mengapa ada pelakon lain yang pernah tidak hadir beberapa kali tidak pula dikatakan tidak berdisiplin," jelasnya.
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia merasakan namanya digunakan untuk menarik perhatian orang ramai supaya menonton teater ini.

"Saya tidak kisah jika hal lain yang ditimbulkan, tapi apabila bercakap tentang disiplin, saya rasa itu sudah melampau.

"Walaupun saya tidak menghadiri sesi latihan, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjayakan watak Dara. Malah saya sanggup menolak beberapa tawaran drama dan filem demi menjayakan teater ini.

"Jadi bila mereka memburuk-burukkan saya, saya rasa sangat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Kadangkala saya terfikir, adakah mereka sengaja membesarkan perkara ini untuk menarik perhatian orang luar menonton teater ini?," katanya.

Akan berjumpa penerbit

Jue berkata, dia akan berjumpa dengan penerbit Megat Mohd Noor Salleh Ghani bagi membincangkan perkara ini.

Jelasnya, dia juga tidak berpuas hati dengan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam produksi tersebut, dan mahu penjelasan dari pihak produksi.

"Jika mereka merasakan saya bermasalah, saya juga merasakan mereka ada masalah dalaman yang turut mengganggu kami.

"Saya akan mengambil jalan untuk bersemuka dengan mereka, selain meminta penjelasan mengenai status saya," katanya.

Keno beri penjelasan

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Keno Production, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau mesra disapa Keno menjelaskan Jue tidak disingkirkan dari pementasan teater ini.

"Pihak kami tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengatakan Jue digugurkan dari pementasan ini. Ia hanya khabar angin dari media sahaja.

“Kami memang bersedia dengan pelakon gantian iaitu Abby Nadzzri kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, Jue masih lagi pelakon utama.

"Cuma jika kesihatan dia tidak berapa baik, baru kita akan mempertimbangkan untuk membawa masuk Abby bagi menggantikan Jue,” katanya kepada Zass.

Keno juga mengakui ada beberapa pelakon tidak dapat hadir pada permulaan sesi latihan kerana terikat dengan komitmen lain, namun tidak pada saat-saat akhir sesi latihan.

"Watak Jue sangat penting dalam pementasan ini. Justeru, menjelang saat-saat akhir sebelum pementasan, tentulah kehadirannya sangat-sangat diperlukan.

"Malah apabila dia hadir dan masih dengan tampalan koyok, tentulah pengarah memikirkan dia masih lagi tidak sihat. Malah Rosdeen juga pernah memaklumkan pada saya, ketika sesi latihan sebelum ini, Jue asyik memegang telefon bimbit dan di mana komitmen dia sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Berhubung masalah dalaman yang dibangkitkan Jue, Keno berkata, ia hanyalah perkara yang cuba dibangkitkan Jue untuk menutup isu mengenai dirinya.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah tentang isu dalaman yang dibangkitkan Jue. Saya bersedia untuk berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepadanya.

"Saya sejujurnya kasihan apabila melihat orang luar menghentam Jue dan sepatutnya dia mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

"Malah sehingga saat ini, saya sedia memaafkan dia kerana bagi saya, saya tiada masalah personal dengan Jue," akhiri Keno


sumber: sinar harian

Saturday, 24 December 2011

yusry - lisa umum tarikh bahagia



berita gembira kepada peminat- peminat lisa surihani mahupon yusry abdul halim(kru) apabila mereka bersepakat dan telah mengumumkan perkhabaran gembira tentang tarikh keramat mereka akan disatukan.


majlis pernikahan mereka akan di adakan pada 23 februari 2012 dan gosip yang mengatakan mereka akan berkahwin pada 25 februari adalah gosip semata-mata. tetapi tetap pada bulan februari kan.klik disini untuk gosip terdahulu 


setelah berteka teki, majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat, akan dilangsungkan di masjid tuaku mizan, putrajaya dan seterusnya majlis resepsi pula akan berlangsung di pusat konvensyen antarabangsa putrajaya (picc) pada 26 februari 2012


berita gembira ini telah diumumkan di sidang media yang berlangsung santai di hotel marriot, putrajaya,
majlis ini turut dihadiri kedua ibu bapa kedua-dua pihak.


p/s tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang akan mendirikan masjid tidak lama lagi. semoga akan berbahagia ke akhir hayat. jadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran yang berguna untuk masa depan.


adios.....

Friday, 23 December 2011

Awas dengan lagu it will rain by bruno mars!!!




dear all muslim friends,


kalau dengar lagu It will rain by bruno mars. harap- harap jangan diikut nyanyi sekali a yea,
sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad (for muslim)
kalau boleh jangan didengarkan langsung!!


ni antara liriknya yang ingin menghancurkan agama islam


'there's no religion that could save me' (tiada agama yang boleh selamat kan aku)
'no matter how long my knees are on the floor' (tak kira berapa lama melutut di lantai)(sembahyang)


mungkin ramai dikalangan kita yang tidak memahami lirik tersebut..


tiada agama?? sila ambil perhatian, jangan kita terleka.. tolong sebarkan jika kita sayangkan agama kita. semoga ramai yang tidak terleka dengan lagu ini..


p/s sebarkan sama-sama lah kita beramal


Drama Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia



Selepas berakhirnya drama Tentang Dhia, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi drama bersiri penuh emosi, Gemersik Kalbu yang menampilkan lakonan hebat Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.


Kepada penonton setia slot Akasia, jangan lupa mengikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.


Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

fazley yaakob,eizlan yusof dan ac mizal kini bergelar datuk

pekan-tiga selebriti terkenal iaitu fazley yaakob, eizlan yusof dan ac mizal telah mencatatkan kenangan manis setelah sumbangan dan pencapaian mereka dalam bidang seni menerima penghargaan dan pengiktirafan apabila sah bergelar datuk selepas menerima darjah indera mahkota pahang (dimp) peringkat kedua bersempena hari keputeraan sultan pahang,sultan haji ahmad shah ibni al marhun sultan abu bakar,


majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran pahang telah dilangsungkan di istana sultan abu bakar, pekan pahang 22 disember 2011 sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke 81.




p/s tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga selebriti atas kurnian tersebut