Mohd Syawal menunjukkan imej wanita tua yang dirakam itu
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelmakan dirinya dan merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ.
malah kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang anggota keluarga itu melalui telefon bimbitnya.
Ketua keluarga, Mazlan Ali 55, mendakwa lembaga itu berpakaian batik lusuh dan berambut panjang mencecah paras pinggang sering menganggu rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh,sebelum menghilangkan diri.
KAK LIMAH MEMINTA TOLONG
Menurutnya, Kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya yang tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.
Manakala seorang Imam di kampung itu, Imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan keluarga itu supaya mengadakan solat hajat bersama penduduk di kampung itu dan mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran bagi mengelakkan gangguan itu berlaku.
banyak juga kisah hantu di terengganu klik disini untuk saksikan lembaga muncul di 7 elevan paka terengganu.
sumber:sinar harian
No comments:
Post a Comment