Saturday, 17 December 2011
Radhi OAG insaf Selepas 10Tahun Penyalahgunaan Dadah?
Siapa yang tidak kenal dengan Radhi OAG atau nama Sebenar Muhd Radhi Razali, 34 yang Sebenarnya telah hampir setahun mendapatkan rawatan di rumah pengasih akibat terlibat dengan penyalahguanaan dadah sejak lebih dari 10 tahun. Biarpun tempoh pemulihan di pusat berkenaan sepatutnya tamat hujung tahun ini,dia akan terus bersama Pengasih Yang disifatkan Memberi peluang kedua membersihkan diri.
Menurut Radhi, dia sekarang bukan seperti dahulu yang penuh kekecewaan dan putus asa. Dia juga bertekad untuk tidak mengecewakan anak , keluarga dan peminatnya
"saya bersyukur kerana selepas melalui kehidupan sebagai penagih, kini saya mendapat sinar baru dan tidak akan menoleh kebelakang lagi. disini adalah tempat pertama dan terakhir saya mendapat pemulihan dan rawatan"
menerutnya lagi "selagi ada ruang,saya akan terus berkarya dan menghasilkan lagu untuk peminat kerana ia sudah sebati dengan jiwa saya .selain solat 'muzik' adalah ubat untuk ketenangan jiwa dan rohani saya."
Radhi yang mula menjalani proses pemulihan di pengasih sejakawal tahun lalu berkata,sebagai insan biasa dia pernah terfikir untuk keluar dari pusat pemulihan itu kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya seperti memasak, mengawal keselamatandan menjaga disiplin penghuni lain.
"Tetapi saya bersyukur kerana apa yang dapat sejak 12bulan lalu membentuk diri saya yang baru dan tidak akan sia-siakan terutama bila memikirkan anak,Muhammad Rifdhi Muslim,7 yang seakan-akan kecewa kerana saya mengambil dadah," katanya.
P/s: Sama-samalah kita mendoakan semoga Radhi cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment