Pages

nuffnang

Sunday 18 December 2011

gambar separuh bogel nurul ain nordin dalam poster satu malam kubur berasap menyebabkan dia dihimpit kebencian?



filem satu malam kubur berasap(smkb) yang bakal di tayangan pada 22 disember nanti telah menjadi buah mulut ramai . seorang pelakon baru yang dikenali  nurul ain nordin telah menimbulkan kontroversi kerana poster filem tersebut memaparkan gambar separuh bogel nurul ain. adakah ni cara untuk mendapatkan publisiti?

adakah gambar tersebut disebarkan oleh pihak produksi sendiri sebagai salah satu strategi untuk mencipta kontroversi seterusnya melariskan filem tersebut?

ikuti penjelasan nurul ain apabia ditanya mengenai kontroversi tersebut.

“Saya cuma mendedahkan belakang badan saya pada kru filem tetapi tidak pada penonton.
Dalam filem itu nanti penonton akan lihat belakang badan saya itu terdapat efek akar dan kudis dan ia sama sekali menutupi belakang badan saya,” katanya yang melakonkan watak wanita bernama Siti Chempaka yang mati dirogol dan dibunuh dalam filem Suatu Malam 

Dalam nada kesal, ujar Ain, dia tidak sangka gambar yang dirakamkan itu disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya.

“Saya mangsa keadaan. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Saya dapat tahu mengenai gambar itu juga melalui sebuah blog lantas terkejut dan sedih dengan tindakan serta komen-komen yang dilemparkan penulis tersebut kepada saya.

“Saya tidak pasti bagaimana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana mengikut perjanjian bersama dengan pihak produksi gambar itu hanya digunakan untuk proses suntingan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap,” luahnya kecewa kepada Kosmo! ketika sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur

Ekoran penyebaran gambar tersebut juga anak kedua daripada tiga beradik itu dihimpit kebencian maha hebat daripada keluarga, teman-teman dan juga pensyarah-pensyarahnya.

khabar angin yang didengari mengatakan nur ain dibuang universiti dan keluarganya, betul ke?

“Saya bukan kena buang. Memang ada seorang daripada pensyarah fakulti saya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak fakulti bahawa saya tidak layak digelar pelajar dan patut dibuang ekoran kontroversi tersebut.

“Atas sebab itu saya segera berjumpa dengan dekan dan memberitahu perkara sebenar kepadanya. Akhirnya saya dapat meneruskan pembelajaran saya yang tinggal hanya satu semester itu dan berjaya menamatkannya sebelum memperoleh diploma Teknologi Kreatif dan Artistik.

“Saya akui memang ibu saya begitu marah dan terkilan dengan tindakan saya dan penyebaran gambar tersebut. Hampir sebulan dia tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan saya. Malah, sehingga kini dia masih marahkan saya dengan penyebaran gambar tersebut.

“Saya faham ibu marah sebab dia merupakan pensyarah dan kaunselor. Bila jadi isu macam ini ramai yang keluar kenyataan berbaur kecaman di facebook dan blog yang berbunyi ‘mak kaunselor tetapi anak berperangai macam ini’,” ujarnya yang turut mengakui ibunya sebelum ini tidak mengetahui tentang tindakannya beraksi sedemikian rupa dalam filem tersebut.

Ungkap Ain yang memohon dirahsiakan nama universiti tempat dia belajar, teman lelaki dan juga rakan-rakannya sanggup memutuskan hubungan dengan dirinya selepas tercetuskan kontroversi penyebaran gambar tersebut.

Ditanya adakah dia serik untuk beraksi seksi seperti itu menerusi drama atau filem lain selepas ini, tuturnya berani dan tegas: “Saya tidak serik dan tetap akan beraksi seksi jika itu tuntutan jalan cerita. Asalkan ia tidak terlalu keterlaluan.”

“Saya berani untuk buat lakonan seperti itu lagi. Kita kena ambil yang positif. Masih belum ada lagi pelakon wanita yang berani seperti itu. Saya mahu berlakon seperti pelakon-pelakon wanita Hollywood yang tidak takut menjayakan apa jua watak yang diminta tetapi ia tidaklah sehingga keterlaluan,” tegasnya


p/s bersabar dengan apa jua yang berlaku

3 comments:

  1. errrr... merepek mende perempuan nie?? tak der yang buat lagi.. then artis2 yang penah tunjuk bahagian belakang badan tu ape nye?? buat lawaklah dia nie.. siyes tak pernah buat research dia nie.. huhuhu.. gambar yg lagi satu tu dah macam nak nampak punggung dia dah.. adoilahhhh

    ReplyDelete
  2. em 2 la cari publisiti kut..kan artis baru.. nak cari job kut

    ReplyDelete
  3. done foloe u...
    err...tempayan sensasi xde chatbox, kite letk link kt snie erk..
    heee~~
    http://ciksiputsedut.blogspot.com/

    ReplyDelete