Pages

nuffnang

Sunday, 25 December 2011

Gempar! hantu kak limah muncul di marang


Mohd Syawal menunjukkan imej wanita tua yang dirakam itu

MARANG- Lima sekeluarga di kampung Temiang,Pengkalan Berangan, Tertekan kerana ketakutan apabila sering diganggu oleh lembaga wanita berambut panjang persis 'hantu kak limah', watak dalam sebuah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelmakan dirinya dan merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ.
malah kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang anggota keluarga itu melalui telefon bimbitnya.
Ketua keluarga, Mazlan Ali 55, mendakwa lembaga itu berpakaian batik lusuh dan berambut panjang mencecah paras pinggang sering menganggu rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh,sebelum menghilangkan diri.

KAK LIMAH MEMINTA TOLONG

Menurutnya, Kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya yang tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Manakala seorang Imam di kampung itu, Imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan keluarga itu supaya mengadakan solat hajat bersama penduduk di kampung itu dan mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran bagi mengelakkan gangguan itu berlaku.

banyak juga kisah hantu di terengganu klik disini untuk saksikan lembaga muncul di 7 elevan paka terengganu.

sumber:sinar harian


Gaya rambut yang menarik dan pelik


hahahaha... kepada korang yang tengah mencari-cari gaya rambut terkini boleh tengok gambar dibawah. mungkin korang sudah jemu asyik gaya rambut  yang sama kan. gaya ini juga sesuai untuk pergi diner, dating ke, atau pun kemana- mana sahaja.. semoga terhibur dan mungkinada yang tergerak hati untuk meniru gaya rambut tersebut.


wow!! gaya rambut biola ,Gaya rambut yang unik ini telah dilihat pada pameran rambut di Budapest


 tatu yang digabungkan dengan rambut mungkin pelik, tetapi ia menjadi satu gaya yang unik yang boleh menjadi tarikan ramai yang ingin melihatnya.


rambut seperti dam, menjadi trend remaja di US


pusaran pink dan hitam
Boom! Headshot.


 50/50


 Lelaki tua ini mesti mempunyai personaliti yang hebat. Ia sebenarnya cukup kreatif


gaya rambut yang pelik, rambut bibir


 punk


 peminat superman dan batman




 rambut topi. siapa yang tiada topi untuk ke panati. boleh buat gaya ini

Jue Aziz berang dituduh tidak berdisiplin



Sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila pelakon, Jue Aziz didakwa tidak berdisiplin sehingga bakal berdepan tindakan digugurkan dari teater Semerah Padi, yang bakal dipentaskan bermula hari ini sehingga 31 Disember.

Jue Aziz yang dihubungi Zass, ternyata berang dengan beberapa laporan akhbar yang mengatakan dia tidak berdisiplin sehingga akan digugurkan dari teater tersebut.

Menurutnya, dia rasa teraniaya dan terkejut apabila tidak mendapat penjelasan sewajarnya mengenai masalah yang timbul. Apatah lagi kehilangan yang diuar-uarkan itu berlaku kerana bersebab dan bukan disengajakan.

"Saya akui tidak menghadiri sesi latihan selama empat hari kerana saya demam panas yang sangat teruk. Malah semasa ke klinik, doktor juga memberi saya cuti sakit (MC) sebagai bukti.

"Saya bukan sengaja menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi. Saya sangat terkejut apabila membaca laporan sebuah akhbar semalam (kelmarin) yang mempersoalkan tentang disiplin saya.

"Lebih membuatkan saya rasa terkejut dan dianiaya, apabila pihak media yang menghubungi saya mengenai isu digugurkan dari teater ini. namun pihak produksi pula mengatakan sebaliknya.

"Jika benar saya tidak berdisiplin, mengapa ada pelakon lain yang pernah tidak hadir beberapa kali tidak pula dikatakan tidak berdisiplin," jelasnya.
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia merasakan namanya digunakan untuk menarik perhatian orang ramai supaya menonton teater ini.

"Saya tidak kisah jika hal lain yang ditimbulkan, tapi apabila bercakap tentang disiplin, saya rasa itu sudah melampau.

"Walaupun saya tidak menghadiri sesi latihan, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjayakan watak Dara. Malah saya sanggup menolak beberapa tawaran drama dan filem demi menjayakan teater ini.

"Jadi bila mereka memburuk-burukkan saya, saya rasa sangat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Kadangkala saya terfikir, adakah mereka sengaja membesarkan perkara ini untuk menarik perhatian orang luar menonton teater ini?," katanya.

Akan berjumpa penerbit

Jue berkata, dia akan berjumpa dengan penerbit Megat Mohd Noor Salleh Ghani bagi membincangkan perkara ini.

Jelasnya, dia juga tidak berpuas hati dengan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam produksi tersebut, dan mahu penjelasan dari pihak produksi.

"Jika mereka merasakan saya bermasalah, saya juga merasakan mereka ada masalah dalaman yang turut mengganggu kami.

"Saya akan mengambil jalan untuk bersemuka dengan mereka, selain meminta penjelasan mengenai status saya," katanya.

Keno beri penjelasan

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Keno Production, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau mesra disapa Keno menjelaskan Jue tidak disingkirkan dari pementasan teater ini.

"Pihak kami tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengatakan Jue digugurkan dari pementasan ini. Ia hanya khabar angin dari media sahaja.

“Kami memang bersedia dengan pelakon gantian iaitu Abby Nadzzri kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, Jue masih lagi pelakon utama.

"Cuma jika kesihatan dia tidak berapa baik, baru kita akan mempertimbangkan untuk membawa masuk Abby bagi menggantikan Jue,” katanya kepada Zass.

Keno juga mengakui ada beberapa pelakon tidak dapat hadir pada permulaan sesi latihan kerana terikat dengan komitmen lain, namun tidak pada saat-saat akhir sesi latihan.

"Watak Jue sangat penting dalam pementasan ini. Justeru, menjelang saat-saat akhir sebelum pementasan, tentulah kehadirannya sangat-sangat diperlukan.

"Malah apabila dia hadir dan masih dengan tampalan koyok, tentulah pengarah memikirkan dia masih lagi tidak sihat. Malah Rosdeen juga pernah memaklumkan pada saya, ketika sesi latihan sebelum ini, Jue asyik memegang telefon bimbit dan di mana komitmen dia sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Berhubung masalah dalaman yang dibangkitkan Jue, Keno berkata, ia hanyalah perkara yang cuba dibangkitkan Jue untuk menutup isu mengenai dirinya.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah tentang isu dalaman yang dibangkitkan Jue. Saya bersedia untuk berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepadanya.

"Saya sejujurnya kasihan apabila melihat orang luar menghentam Jue dan sepatutnya dia mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

"Malah sehingga saat ini, saya sedia memaafkan dia kerana bagi saya, saya tiada masalah personal dengan Jue," akhiri Keno


sumber: sinar harian

Saturday, 24 December 2011

yusry - lisa umum tarikh bahagia



berita gembira kepada peminat- peminat lisa surihani mahupon yusry abdul halim(kru) apabila mereka bersepakat dan telah mengumumkan perkhabaran gembira tentang tarikh keramat mereka akan disatukan.


majlis pernikahan mereka akan di adakan pada 23 februari 2012 dan gosip yang mengatakan mereka akan berkahwin pada 25 februari adalah gosip semata-mata. tetapi tetap pada bulan februari kan.klik disini untuk gosip terdahulu 


setelah berteka teki, majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat, akan dilangsungkan di masjid tuaku mizan, putrajaya dan seterusnya majlis resepsi pula akan berlangsung di pusat konvensyen antarabangsa putrajaya (picc) pada 26 februari 2012


berita gembira ini telah diumumkan di sidang media yang berlangsung santai di hotel marriot, putrajaya,
majlis ini turut dihadiri kedua ibu bapa kedua-dua pihak.


p/s tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang akan mendirikan masjid tidak lama lagi. semoga akan berbahagia ke akhir hayat. jadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran yang berguna untuk masa depan.


adios.....

Friday, 23 December 2011

Awas dengan lagu it will rain by bruno mars!!!




dear all muslim friends,


kalau dengar lagu It will rain by bruno mars. harap- harap jangan diikut nyanyi sekali a yea,
sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad (for muslim)
kalau boleh jangan didengarkan langsung!!


ni antara liriknya yang ingin menghancurkan agama islam


'there's no religion that could save me' (tiada agama yang boleh selamat kan aku)
'no matter how long my knees are on the floor' (tak kira berapa lama melutut di lantai)(sembahyang)


mungkin ramai dikalangan kita yang tidak memahami lirik tersebut..


tiada agama?? sila ambil perhatian, jangan kita terleka.. tolong sebarkan jika kita sayangkan agama kita. semoga ramai yang tidak terleka dengan lagu ini..


p/s sebarkan sama-sama lah kita beramal


Drama Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia



Selepas berakhirnya drama Tentang Dhia, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi drama bersiri penuh emosi, Gemersik Kalbu yang menampilkan lakonan hebat Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.


Kepada penonton setia slot Akasia, jangan lupa mengikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.


Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

fazley yaakob,eizlan yusof dan ac mizal kini bergelar datuk

pekan-tiga selebriti terkenal iaitu fazley yaakob, eizlan yusof dan ac mizal telah mencatatkan kenangan manis setelah sumbangan dan pencapaian mereka dalam bidang seni menerima penghargaan dan pengiktirafan apabila sah bergelar datuk selepas menerima darjah indera mahkota pahang (dimp) peringkat kedua bersempena hari keputeraan sultan pahang,sultan haji ahmad shah ibni al marhun sultan abu bakar,


majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran pahang telah dilangsungkan di istana sultan abu bakar, pekan pahang 22 disember 2011 sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke 81.




p/s tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga selebriti atas kurnian tersebut

faedah menghidu kentut


Faedah Menghidu Kentut  

Hahaha, Korang bace tajuk mesti ade rase nak tergelak kan? kan? tapi sebenarnye kentut mempunyai manfaat apabila di hidu. 


Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut. 


“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS. 


Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain. 


Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari. 


P/S: lain kali kalau korang terbau kentut jangan la lari, sebab ia baik untuk kesihatan. Hahahaha tapi kalau aku memang dah larik sejauh yang munkin. Aku tak nak hidung aku menderita dengan bau kentut orang. Kalau kentut aku sendiri takpe la jugak. 






Thursday, 22 December 2011

Abby Abadi Komen Kenyataan Zul Masih Sayangkannya


 December 19, 2011


kesian pada abby abadi, banyak dugaan dan rintangannya dalam menghadapi hubungan dengan pasangannya,
kami berharap abby tabah dengan dugaan yang menimpa


Sabtu lalu, sebuah akhbar online ada menyiarkan kenyataan aktor Zul Ariffin yang masih sayangkan Abby Abadi iaitu bekas kekasihnya meskipun kini mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan cinta.


menurut satu sumber yang menghubungi menghubungi Abby dan bertanyakan hal tersebut. Dan ini penjelasan Abby;


"Bila baca kenyataan Zul saya sangat terharu dan sedih. Tipu jika saya katakan saya tidak sayangkan dia. Malah saya terlalu sayangkannya. Tetapi, apa yang saya boleh katakan, perbuatan dan percakapannya tidak seiring.


"Kenapa saya berkata sedemikian, ini kerana setiap apa yang berlaku sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa tindakan langsung daripadanya untuk pulihkan keadaan dalam hubungan kami. Takkan saya mahu terus menunggu.


"Sepanjang tiga tahun kami bersama banyak perkara yang dikongsi . Ibaratnya, kalau boleh kami tidak mahu dipisahkan. Saya tahu yang dia sayangkan saya, tapi takkan hanya cakap sahaja. Sebelum ini pun, sudah beberapa kali saya cuba untuk selamatkan hubungan kami."


Ditanyakan sama ada Zul pernah menghubungi atau berbalas SMS kepadanya selepas berlaku perpisahan seperti yang dinyatakan, dengan ringkas Abby menjawab;


"Itu saya tidak mahu komen.

"Isteri Menangis Disahkan Hamil"-Zed Zaidi






"Disebabkan isteri sering loya dan muntah-muntah, Isnin lalu saya memintanya untuk menguji dengan alat pengesan kehamilan. Dan hasilnya adalah positif.


"Namun, kami tidak mahu terlalu berharap. Sehinggalah tengah hari semalam, kami pergi berjumpa doktor dan isteri saya disahkan hamil enam minggu lima hari. Saya gembira sangat dan isteri menangis mendengar keputusan tersebut," kongsi Zed ceria.


Memandangkan usia kandungan isterinya masih diperingkat awal, Zed menasihati isterinya agar tidak terlalu 'stress' dalam bekerja.


"Isteri masih bekerja macam biasa, cuma saya pesan agar tidak terlalu berada dalam tekanan ketika bekerja. Kalau rasa kerja tersebut tidak boleh dibuat, jangan paksa diri," ujarnya lagi.


Isteri Zed dijangka bersalin pada 9 Ogos 2012


tahniah duacapkan pada zed zaidi atas berita gembira tersebut..,zed zaidi melahirkan rasa syukur dan teruja untuk menjadi bapa apabila isterinya nelly disahkan hamil 6 minggu 5 hari


Norman-Memey Sudah Rancang Nama Anak

'updates  akaun Facebook milik Memey tentang perkara tersebut.





Menurut satu sumber ,Pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikatakan sudah  memilih nama anak mereka meskipun Memey masih belum mengesahkan sama ada dia sedang berbadan dua atau sebaliknya.


ok.. menurut memey anak mereka akan diberi nama pangkal huruf bermua MDH semperna mana company norman.


p/s kalau memey betul sudah berbadan dua..tahniah diucapkan

Wednesday, 21 December 2011

arif alfian kahwin lelaki dublin mengaku masih islam





KUALA LUMPUR- Arif alfian rosli,bekas pelajar malaysia jurusan perubatan di ireland enggan mengulas berita dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.




“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.


Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.


“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.


Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.


Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.


Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.


Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat


Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.


“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.





Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.





Tuesday, 20 December 2011

kelibat hantu di depan pintu 7 eleven di terengganu

kajian ini berlaku di salah sebuah 7 eleven di paka terengganu. ini adalah rakaman cctv di premis tersebut. naik juga bulu roma tengok video ni. p/s allah maha besar.

perkahwinan lisa dan yusry 25hb februari 2012- astro dapat hak penyiaran?


gosip kini yang kian tersebar mengaitkan perkahwinan artis terkenal lisa surihani dan jejaka pilihannya yusry kru bakal dilangsungkan pada 25 hb februari 2012 dan bakal dijalankan di putrajaya international convention centre (picc).

menurut khabar angin lagi pihak astro telah mendapat hak penyiaran perkahwinan yusry dan lisa februari nanti, tetapi pihak astro masih belum mengeluarkan kenyataan tentang khabar angin tersebut.

kalau betul astro dapat penyiaran ni kempunanlah sapa yang tak ada astro kan.. tak pelah kita tengok dekat youtube jelah nanti..hhihihi

petikan dari berita harian.....

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan. -Berita Harian


p/s: semoga berkekalan selamanya.. harap gosip ni betul lakan. sama ada nak mepercayai gosip ini atau tidak sama2 kita tunggu 25hb feb 2012 nanti ye
adios...........

Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris?



apa nak jadi dengan dunia sekarang? sanggup buat apa saja untuk melariskan jualan.ini terjadi kepada majalah playboy yang telah memaparkan gambar aktress lindsay berbogel ternyata ia berjaya.

LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.

Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.

Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.

Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.

Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.

Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut

Sunday, 18 December 2011

gambar separuh bogel nurul ain nordin dalam poster satu malam kubur berasap menyebabkan dia dihimpit kebencian?



filem satu malam kubur berasap(smkb) yang bakal di tayangan pada 22 disember nanti telah menjadi buah mulut ramai . seorang pelakon baru yang dikenali  nurul ain nordin telah menimbulkan kontroversi kerana poster filem tersebut memaparkan gambar separuh bogel nurul ain. adakah ni cara untuk mendapatkan publisiti?

adakah gambar tersebut disebarkan oleh pihak produksi sendiri sebagai salah satu strategi untuk mencipta kontroversi seterusnya melariskan filem tersebut?

ikuti penjelasan nurul ain apabia ditanya mengenai kontroversi tersebut.

“Saya cuma mendedahkan belakang badan saya pada kru filem tetapi tidak pada penonton.
Dalam filem itu nanti penonton akan lihat belakang badan saya itu terdapat efek akar dan kudis dan ia sama sekali menutupi belakang badan saya,” katanya yang melakonkan watak wanita bernama Siti Chempaka yang mati dirogol dan dibunuh dalam filem Suatu Malam 

Dalam nada kesal, ujar Ain, dia tidak sangka gambar yang dirakamkan itu disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya.

“Saya mangsa keadaan. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Saya dapat tahu mengenai gambar itu juga melalui sebuah blog lantas terkejut dan sedih dengan tindakan serta komen-komen yang dilemparkan penulis tersebut kepada saya.

“Saya tidak pasti bagaimana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana mengikut perjanjian bersama dengan pihak produksi gambar itu hanya digunakan untuk proses suntingan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap,” luahnya kecewa kepada Kosmo! ketika sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur

Ekoran penyebaran gambar tersebut juga anak kedua daripada tiga beradik itu dihimpit kebencian maha hebat daripada keluarga, teman-teman dan juga pensyarah-pensyarahnya.

khabar angin yang didengari mengatakan nur ain dibuang universiti dan keluarganya, betul ke?

“Saya bukan kena buang. Memang ada seorang daripada pensyarah fakulti saya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak fakulti bahawa saya tidak layak digelar pelajar dan patut dibuang ekoran kontroversi tersebut.

“Atas sebab itu saya segera berjumpa dengan dekan dan memberitahu perkara sebenar kepadanya. Akhirnya saya dapat meneruskan pembelajaran saya yang tinggal hanya satu semester itu dan berjaya menamatkannya sebelum memperoleh diploma Teknologi Kreatif dan Artistik.

“Saya akui memang ibu saya begitu marah dan terkilan dengan tindakan saya dan penyebaran gambar tersebut. Hampir sebulan dia tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan saya. Malah, sehingga kini dia masih marahkan saya dengan penyebaran gambar tersebut.

“Saya faham ibu marah sebab dia merupakan pensyarah dan kaunselor. Bila jadi isu macam ini ramai yang keluar kenyataan berbaur kecaman di facebook dan blog yang berbunyi ‘mak kaunselor tetapi anak berperangai macam ini’,” ujarnya yang turut mengakui ibunya sebelum ini tidak mengetahui tentang tindakannya beraksi sedemikian rupa dalam filem tersebut.

Ungkap Ain yang memohon dirahsiakan nama universiti tempat dia belajar, teman lelaki dan juga rakan-rakannya sanggup memutuskan hubungan dengan dirinya selepas tercetuskan kontroversi penyebaran gambar tersebut.

Ditanya adakah dia serik untuk beraksi seksi seperti itu menerusi drama atau filem lain selepas ini, tuturnya berani dan tegas: “Saya tidak serik dan tetap akan beraksi seksi jika itu tuntutan jalan cerita. Asalkan ia tidak terlalu keterlaluan.”

“Saya berani untuk buat lakonan seperti itu lagi. Kita kena ambil yang positif. Masih belum ada lagi pelakon wanita yang berani seperti itu. Saya mahu berlakon seperti pelakon-pelakon wanita Hollywood yang tidak takut menjayakan apa jua watak yang diminta tetapi ia tidaklah sehingga keterlaluan,” tegasnya


p/s bersabar dengan apa jua yang berlaku

sayangilah ibu bapa anda!!

sekadar berkongsi. hargailah dan sayangilah ibu bapa anda. :).



pencil:   i'm sorry.....
eraser:  for what? you didn't do anything wrong.
pencil:   i'm sorry cos you get hurt bcos of me.whenever i made a mistake,you ' re always there to erase it. but as you make my mistake vanish, you lose a part of yourself. you get smaller and smaller each time.
eraser:  that's true. but i do....n't really mind. you see, i was made    to do this.i was made to help you whenever you do something wrong. even though one day, i know I'll be gone and you 'll replace me with a new one. i actually happy with my job. so please , stop    worrying. i hate seeing you sad.:)


i found this conversation between the pencil and the erase very inspirational. parents are like the eraser where as their children are the pencil. they're always there for their children, cleaning up their mistakes. sometimes along the way...... the get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on)though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious one worrying, and sad 


this is for all parents out there..


p/s hargailah ibu bapa anda sementara mereke masih ada kerana mereka telah mendidik kita dan menjaga kita menjadi orang yang berguna. dan sentiasa berada bersama kita sama ada suka dan duka.
dan bagi ibu bapa yang telah tiada, sedekahkan alfatihah dan doakan kesejahteraan mereka. ingat lah jasa mereka yang membesarkan kita dari kecil sampai sekarang. berikan sedikit masa untuk membuat ibu bapa kita gembira..
adios.........


P/s : share pada rakan-rakan anda untuk jadi renungan pada yang pernah menyakiti hati ibu bapa mereka.







arif alfian rosli kahwin kaum sejenis??


menurut satu sumber berkata seorang dari pelajar malaysia tajaan petronas yang kini berpengkalan di dublin yang di percayai hilang selama 3 tahun dikenali sebagai arif alfian rosli, bagaimanapun misteri kehilangan pelajar jurusan perubatan tersebut terbongkar apabila arif telah didapati berkahwin dengan kaum sejenisnya, jonathan , warga dublin. 


menurut bapanya rosli harun, beliau bersama isteri telah 8 kali ke dublin untuk mencari arif walaubagaimana pon menemui jalan buntu. berita mengenai perkahwinan tersebut mengecewakan ibu bapa arif kerana apa yang ditakuti selama ini menjadi kenyataan apabila anaknya terlibat dengan pergaulan bebas.

menurut satu sumber lagi. pihak petronas yang menaja pengajian arif telah menyaman ayah arif rm890,000 selaku penjamin kepada arif



kisah ini telah menjadi kontroversi yang hangat diperkatakan dan juga boleh menjatuhkan maruah rakyat malaysia, bangsa melayu dan juga agama islam.

sama-samalah kita mendoakan agar arif kembali ke pangkuan jalan dan keluarga. ingatlah ibu bapa yang telah melahirkan dan juga membesarkan kita.




p/s:harap arif dibukakan pintu hati untuk berubah dan kembali ke pangkuan jalan.. amin
adios...

kereta bmw 325i fasha sandha hilang



Kesian pada pelakon terkenal fasha sandha,27 mengalami kerugian rm300,000 apabila kereta jenis bmw 325i miliknya dipercayai dicuri di kawasan letak kereta jalan wangsa delima,berhampiran salon chinta milik nya di wangsa walk.


dalam kejadian kira - kira pukul 3.40pm fasha yang ditemani ibunya ke salun tersebut, terkejut apabila fasha yang keluar semula10minit kemudian menuju ke arah keretanya mendapati kereta bmw326i berwarna putih miliknya tiada di tempat tersebut.


fasha yang mengakui keretanya hilang enggan mengulas lanjut perkara tersebut dan satu laporan polis telah dibuat di balai polis wangsa maju.


"saya serahkan pada pihak berkuasa untuk menyiasat kes tersebut"katanya yang enggan mengulas lanjut

p/s kepada pembaca yang menjumpai kereta fasha inform pada fasha k. untung2 dapat jumpa dengan fasha
adios.............

Saturday, 17 December 2011

Radhi OAG insaf Selepas 10Tahun Penyalahgunaan Dadah?



















Siapa yang tidak kenal dengan Radhi OAG atau nama Sebenar Muhd Radhi Razali, 34 yang Sebenarnya telah  hampir setahun mendapatkan rawatan di rumah pengasih akibat terlibat dengan penyalahguanaan dadah sejak lebih dari 10 tahun.  Biarpun tempoh pemulihan di pusat berkenaan sepatutnya tamat hujung tahun ini,dia akan terus bersama  Pengasih Yang disifatkan  Memberi peluang kedua membersihkan diri.


Menurut Radhi, dia sekarang bukan seperti dahulu yang penuh kekecewaan dan putus asa. Dia juga bertekad untuk tidak mengecewakan  anak , keluarga dan peminatnya

"saya bersyukur kerana selepas melalui kehidupan sebagai penagih, kini saya mendapat sinar baru dan tidak akan menoleh kebelakang lagi. disini adalah tempat pertama dan terakhir saya mendapat pemulihan dan rawatan"
menerutnya lagi "selagi ada ruang,saya akan terus berkarya dan menghasilkan lagu untuk peminat kerana ia sudah sebati dengan jiwa saya .selain solat 'muzik' adalah ubat untuk ketenangan jiwa dan rohani saya."


Radhi yang mula menjalani proses pemulihan di pengasih sejakawal tahun lalu berkata,sebagai insan biasa dia pernah terfikir untuk keluar dari pusat pemulihan itu kerana terpaksa  melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya  seperti memasak, mengawal keselamatandan menjaga disiplin penghuni lain.


"Tetapi saya bersyukur kerana apa yang dapat sejak 12bulan lalu membentuk diri saya yang baru  dan tidak akan sia-siakan terutama bila memikirkan anak,Muhammad Rifdhi Muslim,7 yang seakan-akan kecewa kerana saya mengambil dadah," katanya.


P/s: Sama-samalah kita mendoakan semoga Radhi cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga

Perkahwinan Anak allahyarham Datuk Sosilawati Lawiyah

Dengan dua kali lafaz, tepat jam 6.40 pm 4 disember 2011. Erni Dekritawati Yulaini Buhari @ Rita sah bergelar isteri kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pasangan cantik sama padan ini dinikahkan dalam satu majlis berkonsep kan"Moroccan Islamic Wedding" di kediaman mewah milik keluarga Rita di Gombak




Rita menerima hantaran Rm30,000 beserta 9 hantaran berbalas 11. kedua mempelai itu telah dinikahi  oleh Tuan Haji Mohamed Embong, Pendaftar Nikah Masjid As-Syaarif, Gombak





P/s Selamat Pengantin Baru Pada Rita Dan Suami. samalah kita mendoakan kebahagian rumah tangga mereka.Semoga BerBahagia Ke Anak Cucu...


Adios...........

Rentung Dalam TEMPAYAN



LIMBANG: Dua kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila masing-masing ditemui terduduk dalam tempayan bilik mandi dan rentung dalam bilik tidur selepas Rumah Panjang Lembung, Kuala Medalam, Entakong Medamit dekat sini, yang didiami 200 penghuni musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Tragedi memilukan berlaku ketika kanak-kanak malang, Sofizza Camella anak Abang, 6, dikatakan terperangkap dalam kebakaran dan cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi dalam tempayan berisi air, sebelum ditemui dalam keadaan menyedihkan termasuk kesan melecur pada seluruh badannya.


Seorang kanak-kanak lelaki, Alexiss Jipo anak Juli berusia 32 bulan pula ditemui rentung dalam bilik tidurnya selepas gagal diselamatkan jiran yang terdengar kanak-kanak itu menangis dalam kejadian yang memusnahkan rumah panjang 33 pintu, jam 10.30 malam.


Ketika kejadian, Alexiss tidur dalam bilik, manakala Sofizza ditinggalkan bersama neneknya berusia 60-an selepas ibu bapa kanak-kanak malang terbabit keluar menziarahi penduduk rumah sama yang sakit.

Sebelum kejadian, Sofizza Camella dan Alexiss berada di rumah masing-masing, yang jaraknya dipisahkan beberapa pintu rumah, dikejutkan dengan tangisan seorang kanak-kanak sebelum api menjulang dari rumah nombor 12.


Difahamkan, tangisan Alexxis didengari seorang jiran, Satie anak Barol yang mendiami rumah bersebelahan sebelum bergegas keluar bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, tetapi tidak berjaya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, Sofizza dikatakan berjaya diselamatkan neneknya sebelum ditempatkan di bahagian ruai rumah panjang berkenaan.


Beliau berkata, sejurus menyelamatkan kanak-kanak itu, warga emas terbabit masuk semula ke rumah ketika api sedang marak bagi menyelamat beberapa dokumen penting tanpa menyedari cucunya itu mengikut dari belakang.



Sebaik keluar, barulah wanita itu menyedari cucunya hilang sebelum menemuinya terduduk dan sudah tidak bernyawa dalam tempayan. Polis percaya kanak-kanak terbabit terperangkap ketika masuk semula ke dalam rumah, tetapi gagal mencari pintu keluar, sebelum masuk ke dalam tempayan berisi air bagi menyelamatkan diri.

“Siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada pelita di bilik tidur kanak-kanak lelaki terbabit sebelum merebak ke rumah lain.

“Usaha menyelamat yang dilakukan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat berdepan kesukaran berikutan lokasi terbabit tidak dapat dihubungi melalui jalan darat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis mendapatkan bantuan helikopter daripada Unit Udara Polis Diraja Malaysia yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, bagi membawa doktor dari Hospital Limbang bersama pegawai penyiasat, Cif Inspektor Khairol Ridzuan Ahmad untuk melakukan bedah siasat di lokasi kejadian.

Mohd Bukhori berkata, penduduk rumah panjang membabitkan 200 penghuni cuba memadam api, tetapi tidak berjaya berikutan usia rumah panjang itu sudah lama selain diperbuat daripada kayu.

Katanya, mayat dua kanak-kanak malang terbabit diperiksa di lokasi kejadian memandangkan polis berdepan kesukaran mengeluarkannya untuk dibawa ke Hospital Limbang.

“Kanak-kanak lelaki terbabit rentung, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan melecur 80 peratus. Siasatan mendapati, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa menempuh perjalanan dua jam untuk tiba di tempat kejadian menggunakan jalan darat dari Kuala Medalam, sebelum menaiki bot selama 30 minit.

Sementara itu, nasib keluarga kanak-kanak serta penghuni rumah panjang berkenaan mendapat simpati Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang yang turut melawat tempat kejadian dan menghulurkan bantuan awal.