pekan-tiga selebriti terkenal iaitu fazley yaakob, eizlan yusof dan ac mizal telah mencatatkan kenangan manis setelah sumbangan dan pencapaian mereka dalam bidang seni menerima penghargaan dan pengiktirafan apabila sah bergelar datuk selepas menerima darjah indera mahkota pahang (dimp) peringkat kedua bersempena hari keputeraan sultan pahang,sultan haji ahmad shah ibni al marhun sultan abu bakar,
majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran pahang telah dilangsungkan di istana sultan abu bakar, pekan pahang 22 disember 2011 sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke 81.
p/s tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga selebriti atas kurnian tersebut
Friday, 23 December 2011
faedah menghidu kentut
Faedah Menghidu Kentut
Hahaha, Korang bace tajuk mesti ade rase nak tergelak kan? kan? tapi sebenarnye kentut mempunyai manfaat apabila di hidu.
Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.
“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
P/S: lain kali kalau korang terbau kentut jangan la lari, sebab ia baik untuk kesihatan. Hahahaha tapi kalau aku memang dah larik sejauh yang munkin. Aku tak nak hidung aku menderita dengan bau kentut orang. Kalau kentut aku sendiri takpe la jugak.
Thursday, 22 December 2011
Abby Abadi Komen Kenyataan Zul Masih Sayangkannya
December 19, 2011
kesian pada abby abadi, banyak dugaan dan rintangannya dalam menghadapi hubungan dengan pasangannya,
kami berharap abby tabah dengan dugaan yang menimpa
Sabtu lalu, sebuah akhbar online ada menyiarkan kenyataan aktor Zul Ariffin yang masih sayangkan Abby Abadi iaitu bekas kekasihnya meskipun kini mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan cinta.
menurut satu sumber yang menghubungi menghubungi Abby dan bertanyakan hal tersebut. Dan ini penjelasan Abby;
"Bila baca kenyataan Zul saya sangat terharu dan sedih. Tipu jika saya katakan saya tidak sayangkan dia. Malah saya terlalu sayangkannya. Tetapi, apa yang saya boleh katakan, perbuatan dan percakapannya tidak seiring.
"Kenapa saya berkata sedemikian, ini kerana setiap apa yang berlaku sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa tindakan langsung daripadanya untuk pulihkan keadaan dalam hubungan kami. Takkan saya mahu terus menunggu.
"Sepanjang tiga tahun kami bersama banyak perkara yang dikongsi . Ibaratnya, kalau boleh kami tidak mahu dipisahkan. Saya tahu yang dia sayangkan saya, tapi takkan hanya cakap sahaja. Sebelum ini pun, sudah beberapa kali saya cuba untuk selamatkan hubungan kami."
Ditanyakan sama ada Zul pernah menghubungi atau berbalas SMS kepadanya selepas berlaku perpisahan seperti yang dinyatakan, dengan ringkas Abby menjawab;
"Itu saya tidak mahu komen.
"Isteri Menangis Disahkan Hamil"-Zed Zaidi
"Disebabkan isteri sering loya dan muntah-muntah, Isnin lalu saya memintanya untuk menguji dengan alat pengesan kehamilan. Dan hasilnya adalah positif.
"Namun, kami tidak mahu terlalu berharap. Sehinggalah tengah hari semalam, kami pergi berjumpa doktor dan isteri saya disahkan hamil enam minggu lima hari. Saya gembira sangat dan isteri menangis mendengar keputusan tersebut," kongsi Zed ceria.
Memandangkan usia kandungan isterinya masih diperingkat awal, Zed menasihati isterinya agar tidak terlalu 'stress' dalam bekerja.
"Isteri masih bekerja macam biasa, cuma saya pesan agar tidak terlalu berada dalam tekanan ketika bekerja. Kalau rasa kerja tersebut tidak boleh dibuat, jangan paksa diri," ujarnya lagi.
Isteri Zed dijangka bersalin pada 9 Ogos 2012
tahniah duacapkan pada zed zaidi atas berita gembira tersebut..,zed zaidi melahirkan rasa syukur dan teruja untuk menjadi bapa apabila isterinya nelly disahkan hamil 6 minggu 5 hari
Norman-Memey Sudah Rancang Nama Anak
'updates akaun Facebook milik Memey tentang perkara tersebut.
Menurut satu sumber ,Pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikatakan sudah memilih nama anak mereka meskipun Memey masih belum mengesahkan sama ada dia sedang berbadan dua atau sebaliknya.
ok.. menurut memey anak mereka akan diberi nama pangkal huruf bermua MDH semperna mana company norman.
p/s kalau memey betul sudah berbadan dua..tahniah diucapkan
Wednesday, 21 December 2011
arif alfian kahwin lelaki dublin mengaku masih islam
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
Tuesday, 20 December 2011
kelibat hantu di depan pintu 7 eleven di terengganu
kajian ini berlaku di salah sebuah 7 eleven di paka terengganu. ini adalah rakaman cctv di premis tersebut.
naik juga bulu roma tengok video ni.
p/s allah maha besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)









